Di
sini saya ingin memperkenalkan diri saya. Kadang-kadang agak susah untuk kita
memperkenalkan diri kerana kita sangat mngenali diri kita sendiri sehingga kita
tidak tahu di mana hendak memulakannya. Saya berharap sangat tanggapan anda
mengenai diri saya dan tanggapan saya terhadap diri saya sendiri tidak jauh
berbeza. Baiklah, mari kita mulakan.
Nama
diberi Jacqueline Bita Ason dan kini sedang menjalankan tanggungjawab sebagai
seorang mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
Saya seorang mahasiswi sepenuh masa dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Biologi dan kini sedang berada pada semester lima, tahun yang ketiga. Saya
berasal dari Miri, Sarawak dan kini merantau sehingga ke Perak sesungguhnya
merupakan pengalaman yang sangat mencabar bagi saya.
Saya
merupakan seorang yang positif dalam hampir kesemua aspek kehidupan. Terlalu
banyak benda yang saya ingin lihat dan lakukan. Mungkin kerana rasa ingin tahu
yang tinggi ini juga menjadi salah satu sebab saya mengambil bidang Biologi
yang sangat luas di mana ia merupakan kajian tentang kehidupan, pertumbuhan,
evolusi dan sebagainya. Lebih-lebih lagi saya sangat suka melihat keindahan
alam sekitar seperti pantai, gunung-ganang, banjaran, bunga-bungaan dan
sebagainya.
Kalau
nak diceritakan hobi saya memang terlalu banyak. Kerana pada waktu lapang saya
akan membuat apa sahaja yang terlintas di fikiran. Contohnya, saya suka mencari
resepi pelbagai jenis masakan kerana selera saya yang pelbagai dan saya suka
memasak. Saya suka fotografi, novel dan wayang seram.
Ini
lah serba sedikit tentang diri saya.