Sesungguhnya
agak sukar untuk kita mengagak siapakah diri kita pada 10 tahun yang akan
datang. Namun keyakinan dan keazaman itu sangat penting supaya kita dapat
menentukan hala tuju hidup kita di masa hadapan.
Pada
10 tahun yang akan datang, saya merupakan seorang graduan dan berjaya
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi dengan Kepujian. Saya juga
merupakan seorang alumni Universiti Pendidikan Idris di mana pada masa itu saya
telah pun berumur 31 tahun. Saya juga menjadi seorang guru Biologi di sebuah
sekolah menengah berprestasi tinggi dan seterusnya menjadi guru Ketua Panitia
Biologi di sekolah tersebut. Saya juga mendapat Anugerah Perkhidmatan Guru
Cemerlang pada masa itu di aats pencapaian saya dalam mengajar anak murid yang
memperoleh kelulusan 100% dalam subjek Biologi di sekolah tersebut.
Pada
masa itu, saya telah membeli rumah yang lebih selesa untuk ibu bapa saya dan
membawa mereka bersiar-siar ke pelbagai tempat pelancongan yang menarik di
dalam dan di luar negara pada setiap tahun. Sekiranya pada masa itu saya telah
berkeluarga, saya tetap dengan pendirian saya untuk tinggal bersama dengan ibu
bapa saya sekali. Saya juga telah membeli kereta idaman saya selama ini iaitu
Toyota Camry berwarna putih.
Selain
itu, pada masa tersebut saya dan suami dalam proses untuk membuka sebuah kafe
berkonsepkan ‘Native Borneo’ yang berkonsepkan santai dan alam sekitar. Kafe
ini menjual makanan-makanan tradisional Sarawak yang sememangnya sentiasa
menjadi kegemaran saya. Sekiranya kafe ini dapat dimajukan saya ingin membuka
sebuah cawangan di Semenanjung Malaysia di mana ini adalah bertujuan untuk
menyajikan makanan Borneo terhadap para perantau atau pelajar yang tinggal di
Semenajung Malaysia. Ini adalah kerana saya faham bagaimana rasa bila teringin
untuk memakan makanan tradisional kita bila berada di perantauan dan telah lama
tidak pulang ke kampung halaman.
Saya
berharap bahawa semua matlamat saya ini akan tercapai pada 10 tahun yang akan
datang.
No comments:
Post a Comment